another chance to change .(hijrah)
Thursday, 4 June 2015, ϟ 0

Assalamualaikum dan hai .


Sering kali antara kita tersekat untuk membuat sesuatu tapi terhalang dengan sesuatu yang lain .last last kat point tu je .tak move on . sebagai  contoh eh . wanita belum berhijab atau menutup aurat sempurna tapi dalam hati nya ada perasaan ingin sempurna kan solat lima waktu dengan  begitu kuat tapi kerana dia belum sempurna menutup aurat dan dia tak rasa layak untuk sempurna kan yang lain .


Pause kejap .
Pernah dengar kata –kata  “ tak mampu buat semua ,jangan tinggal semua” ..
Kata kata ni sangat aku setuju .kesempurnaan dalam mentaati Allah kita tak kan dpt dalam ibadah . kita hamba yang sentiasa berdosa  dan hina . Jadi mana mana kebaikkan yang terlintas ,buat lah dulu .sebab gerakkan dan sistem badan manusia Allah yang kawal termasuk gerak hati . jika terlintas itu tak mustahil tanda kasih dan sayang dari Dia untuk kita kembali kepada Nya  .sama macam kes atas, dekat surau luar  banyak aku jumpa yang belum menutup aurat tapi solat nya terjaga .terfikir sendiri . memang kita tak layak nak judge orang sebab kita rasa kita sempurna . jangan  !!! didik hati untuk bersangka baik pada manusia  .which is aku pon tengah mencuba . Aku pernah baca Solat itu akan sempurna kan kehidupan kita dan akan membawa kita menjadi yang lebih baik .insyaAllah  ;)

Aku rasa tak mustahil kita selalu tunggu sesuatu kebaikkan yang kita rasa sempurna untuk sempurna kan kebaikkan yang sedang terlintas untuk kita gerakkan . haaaa faham tak maksudnya ?


Sebagai contoh  “ nanti kawin, baru pakai tudung”
Hmm perasan tak ada antara kita meletak satu tempoh masa untuk hidayah itu masuk ke dalam hati kita .wal hal perkara tu dah terlintas dekat hati .kenapa kita menetap tempoh masa kebaikkan untuk sesuatu sedangkan kita mampu ? . Hidayah itu sudah lama ada untuk diri kita . tapi macam mana kita benarkan dia masuk dalam iman kita . begantung pada diri kita .Allah itu Maha Mengasihani sedang kan sebelum memula kan sesuatu surah kita akan bermula dengan kalimah bismilla hirahman nirrahim , yang bermaksud Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha Mengasihani . J think .
So Sama jee . kita rasa nanti kawin baru nak pakai tudung .dah tu dosa dosa yang sebelum kawin kita nak suruh siapa tanggung  ? Yang paling dekat adalah Ayah kita , dia yang kena menanggung ,kita pon tak telepas tanggung azab nya di akhirat   .hmmm kita kata kita sayang dia .tapi hakikatnya kita tikam dia dari belakang dengan bagi dosa dosa kita pada dia . Padahal kasih sayang dia pada kita tak pernah berbelah bagi .. huh sedih ,ada orang potong bawang ke ?

Wanita senang masuk syurga senang juga masuk neraka . kehidupan di dunia penuh dengan permainan tipu daya , helah .kita ada sifat cinta kan dunia tapi takut mati . Nauzubillah ! . tetaplah kita cuba jadi hamba yang terbaik .setiap cubaan kita Dia Nampak J .kata seseorang yang aku kenal ,sedangkan daun nak gugur pon Dia mengetahui apa ntah lagi isi hati hamba nya kan . jadi Sentiasa bersedia dengan keadaan sekeliling sama ada dari mannusia atau dari segi keadaan semuanya mempengaruhi kita  jadi kita sentiasa kena prepare  jika ada tembok yang dtg menghadang kita untuk move on dari kejahilan lampau kita . akan ada yang begini dan yang begitu .proses ini tak mudah . 

either saya sendiri mengalami proses yang tak berapa nak kuat. kita perempuan .terbawak dgn fesyen kawan kwan dn keadaan sekeliling .jadi  penghijrahan dari segi berpakaian tu akan turn on dan turn off sekejap kejap betul kejap tak betul ,mana yang singkat tekad untuk labuh kan , mana yang kurang kita cuba untuk penuh kan , mana yg lambat kita cuba cepat kn  mana yang terlalu sayang kita biasa biasa kan je .so semua berjalan dalam keadaan sederhana .alhamdulillah , akan ada yang pergi dari kita atau kita yang terpaksa pergi dari diaorang itu untukebaikkan  kita .buat apa kita nak bersama dgn orang yang tak menyokong kita dan berprangsangka dgn kita. so its better  tinggalkan orang mcm gini . dgn manusia susah kita  nak deal n suruh dia paham kita pon .MasyaAlllah . payah!! So keep trying to be a better Muslim . tak nak ke nanti semasa penghintungan Amal . Ya mutakahbir memanggil nama Mu dan berkata
Awak telah melaku kan yang terbaik di dunia , pilih lah pintu syurga mana yang awak nak masuk??
SubhanaAllah ,semoga kita antara orang orang yang terpilih untk menjadi penghuni syurga Nya Allahuma Amin .



Kesimpulannya , setiap kebaikkan yang terlintas walau sebesar zarah jangan kita malu untuk gerak kan . sempurna kan sementara masih ada nyawa .walaupon dengan memberi sedekah dengan duit ,tak mampu bagi dengan duit dalam bentuk kata kata yang baik juga di kira satu sedekah .sebab untuk tunggu sempurna yang lain sampai bila lah tak sudah . insyaAllah . kita cuba yee berjihad melawan nafsu  .





*post ini adalah pendapat saya sendiri , peringatan untuk saya sendiri apa yang terlintas dan apa yang pernah terjadi dalam kehidupan saya sendiri . semoga perkongsiaan yang sikit ini mampu membuat kita berfikir dan mentarbiah jiwa kita .. InsyaALLAH .











new past