3 hari 2 malam di Pulau Tioman (tekek ,salang )
Friday, 29 May 2015, ϟ 0



Assalamualaikum, hai .



3 bulan sebelum ….
kakcik : Lepas presentation Latihan industri   nak tak pergi pulau tioman , kalau nak standby duit dalam rm350 .
Aku pon gigih mengumpul duit hari demi hari .kais pagi makan pagi kais petang makan petang ,makan malam dan tengah malam .hehe  ..


2 hari sebelum
Masing masing sibuk report final tapi dalam fikiran ku sudah terbayang kita berasmara di tepian pantai .
Aku berulang kali Tanya suhaila jadi ke tak .sampai nak naik boring orang tu .kalau boleh tak nak tenguk whatsapp aku langsung  punya excited katako .  malam sebelum balik muadzam shah aku takada lah excited sangat tapi aku punya beg cukup dua dah dia punya packing .puas aku  buang mana yang tak perlu ,lepas tu kutip balik ,masuk kan balik :)' .eh hello , sebab semua penting .aku kalau boleh nak bawak satu bilik ni .


Sampai hari present aku tanpa sedikit cuak pon untuk present laporan akhir . ala lagipon masa practical aku adalah pekerja contoh bagi pekerja  tetap yang lain . so no regret .huhu .
Okey habis . tapi baru habis mukhadimah . belum masuk cerita kat Tioman lagi .

lepas present ,tembok Muadzam shah : ) 


Kitaorang plan stay kamsis jela satu malam dan esok nya gerak pagi . Feri di jangka tiba di jeti Tanjung gemuk  dalam lingkungan jam 11 pagi .So dari muadzam lebih kurang  1 jam setengah untuk ke jeti Tanjung Gemuk . Tiket berharga rm 35 untuk orang orang yang cute . pergi sahaja . makna kata pergi balik adalah rm 70 lebih la .

Perjalanan ke Pulau Tioman dalam tempoh masa 3 jam .  tambah pulak duduk atas layan feeling . I memang suka layan feeling seserang  jejiwang karatzzz tambah pulak bila tenguk pulau pulau yang terpencil tak  ada penghuni .time tu aku mula teringat la cerita Kaho Na Pyar Rehe . mula la aku terberangan aku kat situ dengan si kekanda hati . muntah .. :)


Banyak jugak kampong kampong dekat tioman ni masa feri ni berhenti . antara nya Kg Genting ,Kg Paya,Kg Air Batang ,Kg Tekek ,Kg Salangdan Panuba untuk orang honeymoon sesuai la kot .kata nya private sikit . nanti I nak heret hubby I masuk sini .gatai naaa =)'


jangan berangan sangat wani -,-



jemaah dah sampai  !


Sesampai ke kampong Tekek perkara pertama yang aku impi kan adalah makan . makan dan makan .laparrr  mcm tak makan seminggu .
Kitaorang makan dekat kedai Pak …… makan murah dekat sini .biasa orang cakap makan dekat pulau ni mahal .memang betul pon .tapi nasib kedai ni depan jejantas kena lintas dalam dua tiga langkah sampai kiaorang makan untuk alas perut je . nasi putih ,lauk ayam  ,tea ais dapat rm 4 je .kebetulan dekat  Kg Tekek ni .Ada kenal seorang trainer diving memang rapat lah . wanie cik ni nak masuk 20 kali pergi tioman . memang dah kenal lah orang orang kat sini .baik sangat .walaupon busy tetap luangkan masa untuk join dan ajar kitaorang . huhuhh .








Sesampai chalet yang indah lagi permai kitaorang ambil yang dekat dengan pantai . untuk bilik aku berharga rm 150 satu malam . ada tiga katil dan satu bilik mandi . untuk yang tak kesah dan  tak mengapa lah kalau bilik kecil macam kitaorang ambil ni . ada juga chalet untuk family . 
istanaaa kami :) hewhew . 


Sampai je bilik pekara pertama yang kita lakukan lepas letak barang tak sampai 3 minit  ialah menyewa besikal  untuk round2 kampung pulau juara atas bukit sana satu jam rm5 ajew . .. pehhhhhh mengah naik bukit .aku rasa basikal yg aku bawak berjalan ,bukan basikal membantu aku bersiar2 .!. tpi cantik view laut dari atas bukit Kg Juara tu

ini masa dekat restoren kampung juara .


Selepas berpeluh2 dalam pukol 4 kitaorang turun pantai .. pantai nak snorkeling . . memang kami tak membuang masa dgn tidur dan berehat . memang balun habis2 . bebeza dgn waktu belajar . time free kitaorang lebih suka tido dari buat akhtiviti .  
Jaga jaga kitaorang snorkeling untuk permulaan di tepian pantai je .haha Nampak apa ? Nampak batu putih tu jeee .pebenda snorkeling yee ?

alololoo bukan main lagi . 
untuk sekali snorkling full set dengan pakaian 



amboiii main bola je pon .dia punya seronok macam umur budak 3 tahun semua nya .


semoga persahabatan ini mampu bertemu semula di Syurga :)'




untuk wanita muslimah untuk mandi kita mestilah  siap siapkan 

1.Baju lengan panjang berwarna gelap  lagi bagus la ,kalau boleh melepas punggung . 
2.Seluar yang berwarna gelap pon bagus .ini untuk tidak menampak kan sebarang aset ye girl girl           semua , 
3.Bawak stokin lebih untuk yang nak snorkeling pakai stokin .lagi bagus menutup aurat dekat mana       pon :)'
4.Pakai inner neck atau pon tudung syria untuk yang bertudung . 
5.Bawak spare getah rambut kalau tak nanti terpaksa pakai yang basah berhari -hari . :) 
6 Bawak syampu sikit untuk hilang kan kasar rambut yela sebab kena air masin kan . kehalusan rambut kena jugak jaga .hahaha kalau tak kusut bila ko balik rumah .
7.peh peh beg plastik jagan lupa untuk letak baju kotor atau baju basah . penting ! . =)'


 kita orang dari pantai berenang renang ke tengah untuk melihat hidupan laut yang sangat cantik MasyaAllah . tapi aku kerap kali terapung memandang langit dari memandang ikan yang indah di bawah . kiteee takutttt lagi laaaaaa … haha .tapi selepas di yakin kan oleh komander komander aku terus aku berjuang menyelam tenguk ikan2 . subhanaAllah.

Malam tu kami berhiburan makan pizza di ……..  lepak tepi pantai menyaksikan bintang bulan .semestinya orang yang paling jiwang ialah aku . makan pizza .sedappppp !






Hari ke dua
Sedikit rushing lah sebab nak kejar feri pukol 1 last last  dpt naik kol 3 untuk ke kampong  Salang . sebelum itu sempat lah besarapan pagi sekitar jam 8.30 pagi tepi laut biruuuuuu . auw auw .

Makan roti dan tea panas je rm 8.00 .mahal  . bawak roti sendiri bagus .hehe 


lepas tu kitaorang terus ke Marine Park pejalanan sekitar 10 minit dari chalet kalau naik kereta sewa situ sepuluh ringit sekepala .
Dekat sini lagi best ko tenguk ikan besaq macam belut pon ada ,nemo nemo . time kat sini aku dah hilang arah .tak ada tenaga sangat nak terkinja berbanding hari sebelum .snorkeling kat sini best sebab Taman Laut kan .hanya di Kampung Tekek je ada Taman laut . lebih kurang satu jam ada kat taman laut balik pantai naik bot untuk ke pulau Rengis .tempat famous orang snorkeling . tapi aku ni awal awal lagi dah muntah oren dah .mabuk laut  .berpusu ikan datang makan muntah aku .kenapa ? sebab ada roti yang pagi tadi tak hadam .heehehee . namun aku tetap lah bersemangat .arus air kat sini deras nak2 masa tu hari nak hujan hati hati lah kalau nak snorkeling sini .ada yang diving nampak shark .wuhuuu . aku tak cakap banyak .banyak diam je duduk atas,Yang lain pulak seronok snorkeling  .muntah tiada kesudahan . tapi dengan semangat waja kita kuatkan hati untuk turun sekejap tenguk dasar laut .bila turun SubhanAllah lagi cantik  dari dekat taman laut . Dalam air aku boleh tergamam

Hari nak hujan  menandakan kita kena balik ke darat . so perjalanan balik atas bot  tu air memang memukul2 pipi la kan .. aku rasa macam kena tampoooo .,dah la baru lepas muntah ,kena tampo pulak . . hahha ,sampai je darat, hari cerah balik .eeh eh ,nak kena patah balik pergi pulau tadi ke ? heheh .memang tak lah .jadi sepanjang diTekek 4 kali jugak la kita snorkling :)

Balik bilik packing barang untuk bertolak ke Kampung Salang .pejalanan mengambil masa dua jam .time ni paling seronok nak petang matahari pon nak jatuh .so duduk pulak depan hujunh feri . memang diam je aku time tu . . banyak berfikir tentang kebesaran Allah juga sebenarnya dan layan feeling hindustan . 


Sesampai di Kampung salang kita stay di salang Indah, memang indah nya . !! dah letak barang siap siap untuk minum petanggg .. besttttt !!!
rumah kita orang yang atas tuuu .:)






makan malam terakhir kami :)'
sotong bakar berharga rm 12.00 seekoor 


Dekat sini kitaorang tak buat aktiviti apa pon Cuma banyak berjalan dan lepak tepi pantai .malam terakhir kami diisi dengan makan malam yang sangat menyeronok kan . yela borak sampai kedai kosong .yela lepas ni kebarangkaliaan untuk lepak lagi belum tentu ada masa lagi .sorang tinggal dekat Melaka .sorang kota tinggi ,sorang chini . memang manfaatkan waktu bersama habis hbisan 




Hari sebelum balik kita bersarapan pagi di gerai nasi lemak rm 6.00  . sekali dengan ayam hokayyyy .sedap lah jugak ! ..

Duduk lepak buai tepi pantai . moment-moment terakhir ini di isi dengan ambil gambar lah kan .


Sebelum betolak balik menghadap reality hari hari seterusnya ….

So pendapat aku sesiapa yang nak pergi antara Kg ni .disarankan pergi kg Tekek sebab ada Taman laut . so Tak rugi .boleh pergi dua kawasan.ehhe







*Aku suka kan laut dan pantai .lebih banyak kita berfikir tentang kejadiaan alam  .sebab benda yang kita jarang dapat bila kita dapat ia membuat kita berfikir tentang kebesaran Allah kejadiaan langit dan bumi ,lautan .kerdil nya diri kita ni . so tak salah kita spend masa untuk diri kita.dekat dekat pon takpa .:)'  tapi ini pendapat aku la : )







thanks for reading :)

















new past